Thursday, 6 June 2013

Artis : Video Shahz Jaszle memberi kenyataan mengenai isu ditangkap khalwat

Shahz Jaszle bersama tunangnya telah diterjah oleh krew Melodi untuk mendapatkan penjelasan mengenai isu khalwatnya dalam rancangan itu semalam.
Menjawab dengan lagak kool, Shahz menegaskan bahawa dia di fitnah dan diperangkap oleh pihak tertentu yang berkemungkinan menaruh hati padanya. Lebih pelik lagi ia berkemungkinan telah dilakukan oleh orang dalam rumah itu juga. -MediaMalaya

Luar Negara : Bayi Lahir Dalam Ketuban Belum Pecah

Bayi


Athens – Seorang doktor menceritakan pengalaman beliau menyambut bayi yang dilahirkan dengan ketubannya masih belum pecah.
Pakar obstetrik Dr Aris Tsigris menyiarkan gambar bayi yang baru lahir itu dalam laman Facebooknya selepas menyambut kelahirannya menerusi pembedahan caesarean di Amarousion, utara Athens.
Kerana ketuban itu tidak pecah, Tsigris berkata, bayi itu tidak menyedari ia dilahirkan dan bersikap seperti masih di dalam rahim ibunya, Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar. Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.
Ia dipenuhi dengan cecair pudar dan jernih, tempat bayi belum lahir terapung dan bergerak.
Cecair itu bertindak sebagai pengalas, melindungi embrio daripada hentakan dan cedera di samping membekalkannya cecair yang membolehkan mereka bernafas dan telan. Ia juga mengekalkan suhu bayi dalam dalam kandungan.
Cecair amnion sebahagian besarnya ialah air, tetapi selepas 10 minggu kanak-kanak itu mengeluarkan sejumlah kecil air kencing ke dalam cecair itu.
Jumlah cecair amnion meningkat secara berperingkat ketika kehamilan sehingga minggu ke 38 apabila ia berkurangan sedikit sehingga bayi itu dilahirkan.
Biasanya, ketuban akan pecah sendiri ketika lahir, yang biasa dirujuk sebagai ‘pecah ketuban.’ Tsigris berkata, peluang ketuban untuk kekal sepenuhnya selepas lahir amat jarang. Dia mengaku terkejut melihat bayi yang baru dilahirkan yang masih dalam ketuban 12 Mac lalu.
Menurutnya, bayi itu tidak berdepan dengan bahaya kerana ia masih makan melalui uri dan mula bernafas sebaik ketuban itu pecah.
Gambar itu sudah dikongsi lebih 8,000 kali.
Aktres Jessica Alba pernah bercerita mengenai anaknya, Haven yang dilahirkan di dalam ketuban pada 2011.
“Doktor tidak pernah melihat keadaan seperti itu sebelum ini. Dia memanggil jururawat dan berkata: ‘Lihat ini. Ketika itu saya masih meneran dan dia meminta saya bertahan seminit dan tidak meneran. Tetapi ketuban itu pecah sendiri sebaik bayi keluar,” kata Jessica.
Pengalaman Jessica itu mendorong dia untuk menamakan anaknya Haven. – Daily Mail

Artis : Haniz Zalikha Bingung Bekas Kekasih Sebarkan Gambarnya


Penulis blog yang kini semakin dikenali sebagai pelakon dan pengacara, Haniz Zalikha tidak tahu punca gambar mesranya bersama seorang lelaki, tersebar luas di internet baru-baru ini. Namun Hanis mengakui lelaki dalam gambar tesebut merupakan teman lelakinya namun hubungan mereka telah lama putus.
“Lelaki tu bekas teman lelaki saya dan sebenarnya gambar tu gambar dua tahun lepas. Dia yang muat naik gambar tu di Instagram dia. Saya tak tahu kenapa dia buat macam tu. Mungkin tiba-tiba dia terkenang kembali kot… “, katanya sambil tersenyum.
Pemilik nama sebenar Hanis Zalikha Zainal Rashid, 23, diminta mengulas mengenai isu gambar dia bersama seorang lelaki dipercayai kekasihnya. Gara-gara gambar tersebut, ramai yang mengutuk dan menganggap Hanis suka propa.
Tambah Hanis, pada awalnya dia tidak ambil pusing mengenai gambar tersebut. Tetapi apabila berita itu keluar di akhbar timbul rasa kurang senang dalam dirinya. Pun begitu Hanis menjadikan perkara itu sebagai asam garam dalam dunia artis.
“Mula-mula saya tak kisah sangat, sebab yang upload tu dia bukan saya. Tapi bila dah keluar di surat khabar, saya rasa tak best. Tapi apa yang saya tahu, dia dah delete gambar tu.
“Bagi saya, ini semua lumrah. Banyak yang masih saya yang perlu belajar untuk berdepan dengan situasi macam ni. Tapi sebagai artis, saya faham yang orang akan sentiasa nak tahu tentang kita. Orang yang tak senang dengan kita tu akan sentiasa ada. Itu perkara biasa. Saya juga banyak bertanyakan pada rakan artis yang berpegalaman seperti Lisa Surihani dari segi kerja dan macam mana nak berdepan dengan situasi kalau terjadi hal-hal begini “, ujarnya yang menyatakan sehingga kini dirinya masih solo.

Sementara itu menyentuh tentang kerjaya, tidak sampai setahun bergelar anak seni, Hanis sudah boleh bergembira dengan pencapaiannya setakat hari ini. Banyak peluang diperoleh apabila dia diberi kepercayaan mengacara beberapa program di pelbagai saluran televisyen.
Antarannya seperti Raikan Cinta Musim 2 (saluran Astro), Muzik Ekstra (RTM), Mad Market (TV9) dan pada 15 Jun ini buat pertama kali dia diberi tanggujawab besar, sebagai salah seorang hos bagi mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Blockbuster 2.
“Alhamdulillah, saya syukur dengan apa yang saya kecapi setakat ini. Perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa bercampur baur. Buat masa ini fokus saya lebih kepada pengacaraan. Banyak lagi yang saya kena belajar.
“Untuk mantapkan lagi gaya pengacaraan saya, saya juga akan ikuti kelas dengan Pak Nil (Aznil Hj. Nawawi). Selain tu sebenarnya saya rindu juga nak berlakon. Dulu cuba-cuba jer, tapi sekarang ni saya jadi minat pula. Kalau ada tawaran dan sesuai dengan jadual saya, InsyaAllah saya akan pertimbangkan” katanya yang pernah muncul dalam filem Gangster Celop. – Malaysian Digest

Artis : Ashraf Letak Jawatan Pengamal Perubatan Islam

Ashraf Letak Jawatan Pengamal Perubatan Islam

Beberapa minggu lalu, kita dihebohkan dengan berita mengenai kemungkinan pelakon kacak, Ashraf Muslim akan berkahwin lain selepas hampir dua tahun mendirikan rumahtangga dengan isterinya, Noor Dayana Lokman.
Terbaru, Ashraf dikhabarkan sudah meletakkan jawatan sebagai Pengarah untuk Yayasan Al Hidayah dan Maahad Tahfiz Al Hidayah serta tidak lagi bergelar pengamal perubatan Islam dan Ketua Operasi (COO) di pusat rawatan milik bapa mentuanya itu.
Hmm, apakah perkembangan terbaru ini ada berhubung kait dengan kontroversi yang melanda hubungan Ashraf dan isterinya?
Diharapkan semuanya baik-baik sahaja.  Mungkin Ashraf ingin kembali menceburkan diri dalam bidang lakonan seperti suatu ketika dahulu.  Mana tahu kan? -MyNewsHub


Wednesday, 5 June 2013

Artis : Anugerah Blokbuster 2, Senarai Top 10 Setiap Kategori

Tinggal lapan hari sahaja lagi Anugerah Blokbuster 2 bakal membuka tirainya. Menariknya, dalam penganjurannya kali ini beberapa pembaharuan telah diperkenalkan untuk memantapkan lagi majlis anugerah itu.

Antaranya, barisan artis yang membuat persembahan pada Anugerah Blokbuster 2 pada 15 Jun ini, berpeluang meraih trofi menerusi kategori Anugerah Gempak WeChat.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, anugerah tersebut adalah untuk memberi penghargaan kepada penyanyi-penyanyi yang menghiburkan acara pada majlis tersebut.
"Ia juga sebagai salah satu kelainan yang ditonjolkan dalam anugerah ini berbanding acara penganugerahan yang lain. Pihak kami mahu penyanyi-penyanyi yang terlibat turut dicalonkan menerusi kategori Anugerah Gempak WeChat.


"Para peminat boleh mengundi menerusi aplikasi telefon WeChat di bawah tajuk 'Astro WeChat vote' di mana undian sudah pun bermula 5 Jun," katanya pada sidang akhbar kedua Anugerah Blokbuster 2 di petang semalam.

Selain Anugerah Gempak WeChat, dua lagi anugerah khas diperkenalkan iaitu Anugerah PFM dan Anugerah Astro First. 

Anugerah PFM diwujudkan bagi menghargai individu atau kelompok individu yang telah memberi jasa terhadap industri Filem Malaysia. Anugerah PFM akan diputuskan oleh panel juri yang dilantik oleh Persatuan Penerbit Filem (PFM).

Manakala, Anugerah Astro First Terhebat ditetapkan berdasarkan filem Malaysia paling banyak dilanggan yang telah disiarkan di Astro First dalam tempoh 1 Januari tahun lalu hingga 31 Disember 2012.
Antara barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam Anugerah Blokbuster 2 nanti ialah, Adam, Stacy, Azlan And The Typewriter, Hazama, Kristal, Dayang Nurfaizah, Jacltn Victor, Aizat, DJ Fuzz, Roman dan Shae.



Bertemakan gaya vintage kontemporari atau Hipster, Scha Al Yahya dan Dato' AC Mizal bakal mengemudikan acara berprestij itu. Sementara Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila dan Hafizul turut muncul sebagai pengacara karpet merah pada Anugerah Blokbuster 2 itu nanti.
Acara gilang gemilang itu akan diadakan di Stadium Tertutup MBJB (Majlis Bandaraya Johor Bahru), Johor pukul 9.00 malam.

Kepada anda semua, jika ingin melihat filem dan selebriti kegemaran anda menang, undi mereka di laman web www.anugerahblokbuster.com.my sehingga 15 Jun ini.

Berikut merupakan 10 pencalonan bagi 13 kategori yang dipertandingkan.

1) ANUGERAH FILEM TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- ISTANBUL AKU DATANG
- JIWA TAIKO
- ADNAN SEMPIT 2
- AKU TERIMA NIKAHNYA
- ADIK MANJA RETURNS
- AKU ADA, KAU ADA???
- MAEL LAMBONG
- BUJANG TERLAJAK
- 29 FEBRUARI

2) ANUGERAH TUAN DIREKTOR TERHEBAT CALON:

- GHAZ ABU BAKAR (HANTU KAPCAI)
- SYAMSUL YUSOF (JALAN KEMBALIBOHSIA 2)
- OSMAN ALI (JIWA TAIKO)
- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)
- BERNARD CHAULY (ISTANBUL AKU DATANG)
- RAHILA ALI (AKU ADA, KAU ADA???)
- ISMAIL BOB HASHIM (ADNAN SEMPIT 2)
- EYRA RAHMAN (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- EDRY ABDUL HALIM (29 FEBRUARI)
- SYAFIQ YUSOF (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))

3) ANUGERAH DIREKTOR BARU TERHEBAT :

- GHAZ ABU BAKAR (HANTU KAPCAI)
- ROSIHAN ZAIN BAHARUDIN (CHOWKIT)
- SYAFIQ YUSOF (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- DHARMA HARUN ALRASHID (ADIK MANJA RETURNS)
- EYRA RAHMAN (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- RAHILA ALI (AKU ADA, KAU ADA???)
- ESMA DANIAL (ZAITON, CERITAKU)
- NAMAWEE (HANTU GANGSTER)
- ASRULHISYAM AHMAD (SESUATU YANG TERTINGGAL)
- NIZAM ZAKARIA (CINTA KURAKURA)

4) ANUGERAH FILEM AKSI TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- 8 JAM
- JIWA TAIKO
- SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M)
- JALAN KEMBALI - BOHSIA 2
- BUDAK PAILANG
- PE3
- CHOWKIT
- TAIKUN

5) ANUGERAH FILEM KELAKAR TERHEBAT:

- HANTU KAPCAI
- ISTANBUL AKU DATANG
- NGORAT
- ADNAN SEMPIT 2
- MAEL LAMBONG
- ADIK MANJA RETURNS
- PONTIANAK VS ORANG MINYAK
- CINTA KURAKURA
- APA CELOP TOQQ
- STRAWBERI CINTA

6) ANUGERAH FILEM TAKUT TERHEBAT:

- SUMPAHAN KUM-KUM
- HANTU GANGSTER
- HANTU DALAM BOTOL KICAP
- HANTU AIR
- SESUATU YANG TERTINGGAL
- KERAMAT
- HALIM MUNAN

7) ANUGERAH DRAMA MUZIKAL TERHEBAT:

- HOORE! HOORE!
- AKU ADA, KAU ADA???
- ISTANBUL AKU DATANG
- AKU TERIMA NIKAHNYA
- 29 FEBRUARI
- NGORAT
- HANYA AKU CINTA KAU SEORANG
- 7 PETALA CINTA
- ZAITON, CERITAKU
- GERIMIS MENGUNDANG

8) ANUGERAH HERO TERHEBAT:

- ZIZAN RAZAK(HANTU KAPCAI)
- SHAHEIZY SAM (ADNAN SEMPIT 2)
- ADI PUTRA (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- AARON AZIZ (NGORAT)
- REMY ISHAK(JIWA TAIKO
- BETO KUSYAIRY(ISTANBUL AKU DATANG)
- JOHAN RAJA LAWAK(PONTIANAK VS ORANG MINYAK)
- KAMAL ADLI (SALAM CINTA)
- ZIZAN RAZAK(MAEL LAMBONG)
- HAZAMA(APA CELOP TOQQ)

9) ANUGERAH HEROIN TERHEBAT:

- YANA SAMSUDIN (3 TEMUJANJI)
- LISA SURIHANI (ISTANBUL AKU DATANG)
- NADIA NISA'A(JIWA TAIKO)
- JULIANA EVANS(MAEL LAMBONG)
- NORA DANISH (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- JULIANA EVANS(ADIK MANJA RETURNS)
- LISA SURIHANI(SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- NEELOFA (AZURA)
- INTAN LADYANA (ADNAN SEMPIT 2)
- TIZZ ZAQYAH(CINTA KURA-KURA)

10) ANUGERAH WATAK PENJAHAT TERHEBAT:

- SOFI JIKAN (JALAN KEMBALI - BOHSIA 2)
- JULIANA EVANS (ADIK MANJA RETURNS)
- BRONT PALARAE (JIWA TAIKO)
- REMY ISHAK (HANTU KAPCAI)
- AL EX YANZ (TAIKUN)
- KAMAL ADLI (AKU ADA, KAU ADA???)
- SITI FAZURINA (BAIK GILLER)
- AZAD JASMIN (APA CELOP TOQQ)
- TOMOK (ISTANBUL AKU DATANG)
- FARID KAMIL (PE3)

11) ANUGERAH LAGU TEMA TERHEBAT:

- BEGINILAH CARANYA (AKU ADA, KAU ADA???)
- TIADA KASIH TIADA CINTA (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- HARLEY (HANTU KAPCAI)
- BEBAS (JIWA TAIKO)
- ADIK MANJA RETURNS (ADIK MANJA RETURNS)
- AKU DATANG (ISTANBUL AKU DATANG)
- AKU MAHU DIA (APA CELOP TOQQ)
- JAGALAH DIRI (29 FEBRUARI)
- AJARI AKU (SAYA AMAT MENYINTAIMU (S.A.M))
- H.A.C.K.S (HANYA AKU CINTA KAU SEORANG)

12) ANUGERAH HERO BARU TERHEBAT:

- IZZUE ISLAM (29 FEBRUARI)
- HAIRUL AZREEN (HANTU KAPCAI)
- SHAHRIZAL JASZLE (AZURA)
- JUSTIN FOO (BAIK GILER)
- RYKAL ISKANDAR (AJI BOY)
- IZZUE ISLAM (HANTU KAPCAI)
- KARL SHAFEK (ZAITON,CERITAKU)
- NIZAM ZAIDI (BUDAK PAILANG)
- HARRIS SHIDEE (AKU,KAU&DIA)
- AIZAT AMDAN (ISTANBUL AKU DATANG)

13) ANUGERAH HEROIN BARU TERHEBAT:

- NEELOFA (HANTU KAPCAI)
- ANZALNA NASIR (KAHWIN 5)
- SITI MAIZATUL RAFIRA (JIWA TAIKO)
- MARIA TUNKU SABRI (ADIK MANJA RETURNS)
- JIHAN RAJA LAWAK (ADIK MANJA RETURNS)
- SHIMA ANUAR (7 PETALA CINTA)
- MON RYANTI (AKU TERIMA NIKAHNYA)
- NUR SHAZWANA (HOORE! HOORE!)
- FARHANNA QISMINA (SESUATU YANG TERTINGGAL)
- JOJO GOH (29 BEBRUARI)
-AstroGempak

Artis : Giliran Beego & Linda Hashim Pula Nikah Jumaat Ini!



Selepas Izzue Islam bergelar suami dan Fouziah Gous mengikat tali pertunangan pada minggu lepas, minggu ini pasangan pelakon Beego dan Linda Hashim pula bakal menyusul.

Alhamdulillah…perkara baik buat apa nak ditangguh-tangguhkan ye tak? Astro Gempak gembira mendapat khabar daripada mereka. Semoga ikatan yang dibina berkekalan buat selamanya.

Beego dan Linda telah mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu dijadulakan bernikah pada 7 Jun 2013 (Jumaat) di Masjid Usamah Bin Zaid, Seksyen 2, Wangsa Maju, selepas solat Isyak.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan sehari selepas itu di Dataran Karyawan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Hulu Klang bermula pukul 8 malam.

Beego sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga yang hanya mampu bertahan selama 4 bulan sahaja bersama Intan Shahira Mohd. Shahru. Ini adalah perkahwinan kali keduanya. Beego kini berusia 33 tahun sementara Linda Hashim pula 29 tahun. 

Artis : Astro Cuba 'Selamatkan' Pelawak Terpinggir

Program Haha Hihi menampilkan pelawak dari Malaysia dan Indonesia. Foto RAYMOND OOI
KUALA LUMPUR: Para pelawak yang dicungkil menerusi program terbitan Astro sepertiRaja Lawak dan Maharaja Lawak yang kurang bersinar akan diberi peluang muncul menerusi program-program lawak terbitan stesen televisyen itu.
Ketua Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, sebagai langkah pertama, pihaknya akan menerbitkan program lawak Haha Hihi dengan melibatkan pelawak-pelawak terpinggir berbakat bagi menjayakan program itu.
"Ramai sebenarnya pelawak berbakat yang dilahirkan di bawah Astro dan sayang rasanya jika kita tidak mendedahkan bakat itu kepada umum.
"Haha hihi adalah salah satu cara memberi peluang kepada pelawak yang terpinggir yang lahir daripada program seperti Raja Lawak dan Maharaja Lawak kerana mereka mempunyai bakat yang bagus.
"Bukan setakat program ini sahaja tetapi kami akan cuba membantu mereka untuk rancangan lain," katanya.
Antara pelawak-pelawak yang terlibat dengan Haha Hihi ialah pelawak dari Indonesia iaitu Saywho, Fuad, Cacing dan Endah serta digabungkan dengan pelawak-pelawak dari Malaysia seperti Shuk (Balas), R2, Jihan, Mamat (Sepah), Arin dan Shiro.
Ia merupakan program di bawah saluran Bintang (141) berkonsepkan sketsa komedi pertama yang menggabungkan para pelawak dari kedua-dua negara.
Program selama 30 minit yang berkisarkan tentang kehidupan seharian masyarakat tempatan dua negara itu akan mempunyai tiga segmen iaitu Sketsa Komedi, Prank & Magic dan Parody.
"Saluran Bintang yang biasanya memaparkan program-program dari Indonesia bukan sahaja ditonton oleh penonton negara seberang itu tetapi juga masyarakat tempatan.
"Jadi bagi memberikan kepuasan kepada penonton, kami menggabungkan personaliti-personaliti dua negara ini dalam menghasilkan sebuah program komedi yang berbeza namun pada masa sama lawak-lawak yang disampaikan begitu dekat dengan jiwa peminat kerana ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat seharian," ujar Nizam.
Haha Hihi akan disiarkan setiap Khamis bermula 20 Jun ini pukul 10 malam di saluran Bintang (141) dalam pakej Indopek. -MStarOnline

Luar Negara : 30,000 Pekerja Indonesia Tanpa Izin Daftar Amnesti Di Arab Saudi

JAKARTA: Kira-kira 30,000 tenaga kerja Indonesia tanpa izin di Arab Saudi telah mendaftar di pejabat Konsulat Jeneral Indonesia (KJRI) di Jeddah untuk mendapatkan amnesti yang ditawarkan pihak berkuasa negara itu, yang akan berakhir awal bulan depan.
Mereka memohon dokumen rasmi dari pejabat konsulat jeneral itu bagi permohonan mendapatkan amnesti daripada Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini memberi peringatan kepada pekerja asing tanpa izin bahawa mereka menghadapi risiko hukuman penjara dan denda setelah tempoh tawaran amnesti selama tiga bulan itu tamat pada 3 Julai ini.
Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) dalam kenyataannnya pada Rabu, memetik jurucakap KJRI Jeddah, Nur Ibrahim sebagai berkata, bahawa angka itu dijangka terus meningkat menjelang tempoh amnesti itu tamat.
Untuk menampung permintaan yang semakin meningkat itu, KJRI akan membuka kaunter layanan pada Khamis walaupun ia hari cuti mingguan di Arab Saudi, kata beliau kepada BBC Indonesia.
Arab Saudi mengumumkan pemberian amnesti kepada pekerja asing tanpa izin pada April, namun pelaksanaannya pada Mei. - BERNAMA

Luar Negara : Sharif Angkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Pakistan

Nawaz Sharif. Foto EPA
ISLAMABAD: Nawaz Sharif telah mengangkat sumpah secara rasmi sebagai Perdana Menteri Pakistan bagi penggal ketiga pada Rabu .
Beliau yang berusia 63 tahun itu menerima watikah pelantikan itu daripada Presiden, Asis Ali Zardari dalam satu majlis di kediaman rasmi pemimpin negera itu.
Ia disiarkan secara langsung di televisyen. - AFP

Luar Negara : Banjir Di Eropah 15 Maut, Lebih 19,000 Dipindahkan


PRAGUE: Sekurang-kurangnya 15 orang maut dan empat yang lain hilang dalam bencana banjir yang berlaku di tengah Eropah, kata pihak berkuasa pada Rabu.
Jabatan bomba berkata, lebih 19,000 orang dipindahkan dari kawasan yang dilanda banjir di Republik Czech.
Banjir yang melanda di sebahagian Prague kini menghala ke arah utara ke Jerman, sebahagiannya di bandar Dresden.
Jumlah kematian itu termasuk lapan orang di Republik Czech, empat di Jerman, dua di Austria dan seorang di Slovakia.
Menurut menteri dalam negeri, sekurang-kurang empat orang hilang di Republik Czech. - AP

Luar Negara : Enam Terkorban, 14 Cedera Bangunan Runtuh Di Philadelphia

PHILADELPHIA: Enam orang terbunuh dan 14 cedera apabila sebuah bangunan empat tingkat yang sedang menjalani kerja-kerja perobohan runtuh di pusat bandar Philadelphia pada Rabu menyebabkan sebuah pasaraya dihempap runtuhan konkrit, kata pegawai.
Usaha mencari dan menyelamat diteruskan untuk mencari lebih ramai mangsa runtuhan yang berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi (3.45 petang waktu British), dan Datuk Bandar Michael Nutter menjangkakan pada sidang akhbar lewat malam bahawa jumlah mangsa boleh meningkat.
"Kami masih tidak tahu berapa ramai orang yang berada di dalam kedai atau mungkin di kaki lima jalan, pada masa runtuhan berlaku, kata Nutter.
"Jika orang lain adalah di dalam bangunan itu, mereka akan mencari mereka yang lain." - MStarOnline

Artis : Anak Michael Jackson Cuba Bunuh Diri

Paris anak kedua kepada penyanyi lagenda Michael Jackson.
LOS ANGELES: Anak perempuan kepada mendiang Michael Jackson iaitu Paris telah dikejarkan ke Hospital California pada Rabu selepas cuba untuk membunuh diri.
Paris, 15, dilaporkan telah cuba untuk mengelar pergelangan tangan kanannya dengan sebilah pisau dan turut meninggalkan sekeping nota untuk ahli keluarganya.
Menurut sumber daripada keluarganya, Paris kini sedang diletakkan dalam pengawasan psikiatri selama 72 jam di hospital kerana turut mengalami tekanan perasaan.
"Dia pernah mendapatkan rawatan kerana tekanan sebelum ini. Kali ini dia cuba mengelar tangan dan ini adalah petunjuk dia benar-benar memerlukan bantuan.
"Paris dalam keadaan baik dan bukannya kritikal," jelas sumber tersebut.
Sebelum kejadian, Paris menerusi laman Twitternya meninggalkan beberapa pesanan pelik yang jelas menunjukkan dia sedang tertekan dengan kehidupannya.
Dalam pada itu, nenek kepada Paris iaitu Katherine Jackson menerusi jurucakapnya mengesahkan perkara itu dan memberitahu tekanan dan sedih dengan kematian Michael menjadi punca kepada kejadian tersebut.
Bagaimanapun dia meminta agar semua pihak memberi ruang kepada keluarganya untuk mengharungi saat getir tersebut.
"Paris berada dalam keadaan baik dan saya mohon agar diberikan ruang untuk kami sekeluarga mengharungi saat ini," katanya.
Turut kelihatan berada di hospital adalah ibu kepada Paris iaitu Debbie Rowe. - AFP

Artis : Saya Sekarang Sedang Mengenali Seseorang – Maya Karin

Pastinya ramai lelaki di luar sana yang kecewa mendengar berita ini. Si cantik manis, Maya Karin mengakui yang dia kini sedang dalam proses mengenali seseorang. Namun begitu, hubungan mereka berdua masih belum di tahap serius. Jadi masih anda peluang untuk anda.
Faktor jarak menjadi faktor utama hubungan Maya dan lelaki tersebut masih belum ke peringkat seterusnya. Kata Maya:-
Saya sekarang sedang mengenali seseorang. Sedang berkawan. Dah lama juga kenal. Tapi dia duduk jauh. Jauh beribu-ribu batu. Sebenarnya saya masih lagi sedang fikir tentang sama ada nak jadikan hubungan ini serius atau tidak. Saya go with the flow. Kalau jadi, jadi lah. Kalau tak jadi, tak apa.
Rasanya sudah lama juga Maya Karin tidak menempuhi alam percintaan selepas kegagalan dalam perkahwinan pertamanya dahulu. Sebelum ini, Maya Karin pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan Remy Ishak. Nampaknya hubungan mereka ternyata hanya sekadar kawan. Kepada Maya, cepat-cepatlah mencari teman hidup untuk dijadikan suami di masa hadapan.

Artis : Penggambaran Filem Manisnya Cinta Di Konya & Capadoccia, Turki

Nampak cubaan kami menggabungkan nama filem dan tajuk artikel kali ini? Okay hambar. Filem Manisnya Cinta Di Capadoccia baru sahaja habis penggambaran di bumi Turki yang menjelajah Konya & Capadoccia.
Jika sebelum ini ada kongsikan beberapa keping gambar yang di’bekalkan pihak produksi menerusi laman rasmi Facebook filem ini, kali ini teraju utamanya kongsikan koleksi gambar mereka di Turki.
Nur Fazura menerusi akaun Instagram beliau berkongsikan saat saat manis beliau ketika berada di lokasi penggambaran filem ini yang di’arahkan oleh Bernard Chauly & skripnya dikarang oleh Rafidah Abdullah.
Manisnya Cinta Di Capadoccia menampilkan Nur Fazura, Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Faisal Hussein dan Josiah Hogan sebagai teraju utama untuk jalan cerita filem ini selain barisan pelakon yang lain.-Rotikaya

Artis : Nur Fazura Bakal Guna Jenama Yang Sama, House Of Doll Versi Restoran

Pelakon yang mulai popular menerusi siri TV Gol & Gincu, Nur Fazurabersyukur dengan penerimaan peminat terhadap label fesyen yang diterajuiHouse Of Doll dan kini dalam perancangan membuka sebuah restoran yang mana bakal menggunakan jenama yang sama.
Menurut pelakon yang baru sahaja tamat penggambaran di Konya & Capadoccia, Turki Fazura sempat berkongsi satu menu mereka yang amat digemarinya dan mahu diletakkan di dalam menu di restoran yang bakal dibuka nanti.
“Ada satu turkish dish ini yang amat saya gemari, dia diperbuat dari roti dan rasanya pun sangat sedap. Sampai sekarang saya masih terbayangkan keenakkan makanan tersebut dan inshaallah, say akan masukkan di dalam menu nanti,” ujarnya yang ditemui di majlis pelancaran Lux Scentsational Lounge, semalam.
Amat meminati makanan itu merupakan antara sebab perniagaan makanan menjadi pilihannya namun begitu Fazura bagaimanapun tidak mahu bercerita lanjut mengenai restoran yang dijangka bakal dibuka di Sabah dan Sarawak nanti kerana semuanya masih dalam perancangan.
“Saya bercadang buka restoran di sana kerana memikirkan ramai juga peminat saya yang berasal dari sana dan tidak dapat turun ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan saya. Saya terharu dengan effort mereka. Restoran ini kiranya sebagai tanda terima kasih kepada mereka.” - Rotikaya
Ditanya tentang keseimbangan raut wajahnya yang kekal cantik ditambah bentuk badan yang menawan Fazura dengan nada bergurau menekankan senaman amat penting untuk kekal bertenaga seperti sekarang.
“Walaupun Faz suka makan, tapi workout 3 kali seminggu tak lupa. Itu yang Faz amalkan, serta Faz juga akan pastikan memakai syampu rambut dan juga perapi dari bahan organik sahaja” -Rotikaya

Blogger templates

Advertise Now!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...